Selamat Datang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana singgah di blog ini. Semua post akan diupdate dari semasa ke semasa. Jika anda ada soalan atau kemusykilan berkenaan Matematik Moden, boleh la share disini dan kita sama-sama membincangkannya.

Sunday 3 June 2012

Matematik SPM 2012 - Kertas 1 dan 2 pada hari ke-4

Berdasarkan draf awal yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia, peperiksaan Matematik SPM 2012 nanti akan diadakan pada hari ke-4, iaitu:

Kertas 1: 8.00am - 09.15am
Kertas 2: 10.00am - 12.30pm

Maklumat lanjut tentang draf KPM boleh rujuk PDF di bawah.

Sebagaimana yang diketahui tarikh Peperiksaan SPM 2012 telah ditetapkan pada 5 November 2012 sehingga 6 Disember 2012.

Akan tetapi tarikh dan masa tertakluk kepada pindaan oleh KPM.

Tuesday 15 May 2012

(VIDEO) Nota Matematik SPM - Ketaksamaan Linear/Linear Inequalities

Anda tonton dan fahamkan kesemua 8 video YouTube tentang topik ketaksamaan linear dalam playlist dibawah. Jika anda faham, bermakna anda tiada masalah untuk menjawap kesemua soalan SPM dalam topik ini. InsyaAllah..

Anda boleh download nota PDF Ketaksamaan Linear disini



Tuesday 8 May 2012

Friday 4 May 2012

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Kecerunan & Luas Dibawah Graf

Gradient and Area Under A Graft

Tips SPM:

1. Akan disoal dalam Kertas 2 Bahagian A - 1 soalan

2. Bahagian yang biasa keluar ialah tentang graf laju-masa (SPM 2005, 2006, 2008, 2009, 2010 dan 2011). Hanya pada SPM 2007 dimana soalan tentang graf jarak-masa disoal.

3. Graf laju-masa: Kecerunan mewakili pecutan dan luas dibawah graf mewakili jarak yang dilalui.

Sila ulangkaji nota lengkap dibawah. 

Download nota PDF Kecerunan & Luas Dibawah Graf di mediafire

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Ubahan/Variations

Variations

Tips SPM:

1. Hanya disoal dalam Kertas I - 2 atau 3 soalan

2. Semua topik akan disoal iaitu: Ubahan langsung (Direct variations), Ubahan songsang (Inverse Variations) dan juga Ubahan tercantum (Joint Variations)

3. Perlu tahu bagaimana mencari nilai pemalar (constant), k untuk setiap ubahan.

Ulangkaji tajuk Ubahan dibawah atau boleh terus download Nota PDF Matematik Ubahan/Variations menggunakan link mediafire disini

Wednesday 2 May 2012

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Bearing

Bearing

Tips SPM:

1. Topik ini dipelajari di Tingkatan 5

2. Hanya 1 soalan dalam Kertas 1 akan disoal iaitu mencari nilai bearing untuk suatu titik yang diberikan didalam rajah.

3. Topik ini ada perkaitan rapat dengan topik Sudut dan Garis Selari yang dipelajari semasa di Tingkatan 1 dan 2.

Ulangkaji dan download nota Bearing dibawah:



Download nota PDF file di Mediafire 

Tuesday 24 April 2012

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Garis dan Satah dalam 3-Dimensi

Lines and Planes in 3-Dimensions

Tips SPM:

1. Topik Tingkatan 4

2. Kertas I - 1 soalan, biasanya tentang mengenalpasti dan menamakan sudut antara garis-satah atau satah-satah pada rajah yang diberikan.

3. Kertas II - 1 soalan Bahagian A. Dalam soalan ini anda perlu menamakan serta mengira sudut antara satah dalam rajah yang diberikan.

4. Anda perlu mahir dalam topik Trigonometri kerana ia akan diaplikasikan kedalam soalan ini.

Download nota PDF Matematik SPM - Lines and Planes in 3-Dimensions

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Sudut Dongakan & Sudut Tunduk

Angles of Elevation and Depression

Tips SPM:

1. Topik ini dipelajari semasa di Tingkatan 4.

2. Hanya akan diuji dalam Kertas 1 sahaja. (1-2 soalan). Soalan biasanya tentang mengenalpasti dan menamakan sudut dongak atau sudut tunduk pada rajah yang diberikan. Anda juga perlu mencari nilai sudut dongakan atau tunduk dalam masalah yang diberikan.

3. Anda perlu mahir topik Trigonometri.!!

Download nota PDF dibawah:

Nota Matematik Tingkatan 4 - Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk PDF 

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Matriks

Matrices

Tips SPM:

1. Topik ini dipelajari semasa di Tingkatan 5

2. Kertas I - 2-3 soalan akan diuji berkenaan Operasi ke atas matriks - Penambahan/Penolakan/Pendaraban

3. Kertas II - 1 soalan Bahagian A. Untuk soalan ini, anda perlu menyelesaikan masalah berkenaan Matriks Identiti dan Matriks Songsang (Inverse matrices) serta bagaimana menyelesaikan persamaan linear serentak menggunakan kaedah matriks.

Download Nota Matematik SPM untuk topik matriks dibawah:

Mathematics SPM - Matrices/Matriks