Selamat Datang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana singgah di blog ini. Semua post akan diupdate dari semasa ke semasa. Jika anda ada soalan atau kemusykilan berkenaan Matematik Moden, boleh la share disini dan kita sama-sama membincangkannya.

Tuesday 24 April 2012

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Garis dan Satah dalam 3-Dimensi

Lines and Planes in 3-Dimensions

Tips SPM:

1. Topik Tingkatan 4

2. Kertas I - 1 soalan, biasanya tentang mengenalpasti dan menamakan sudut antara garis-satah atau satah-satah pada rajah yang diberikan.

3. Kertas II - 1 soalan Bahagian A. Dalam soalan ini anda perlu menamakan serta mengira sudut antara satah dalam rajah yang diberikan.

4. Anda perlu mahir dalam topik Trigonometri kerana ia akan diaplikasikan kedalam soalan ini.

Download nota PDF Matematik SPM - Lines and Planes in 3-Dimensions

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Sudut Dongakan & Sudut Tunduk

Angles of Elevation and Depression

Tips SPM:

1. Topik ini dipelajari semasa di Tingkatan 4.

2. Hanya akan diuji dalam Kertas 1 sahaja. (1-2 soalan). Soalan biasanya tentang mengenalpasti dan menamakan sudut dongak atau sudut tunduk pada rajah yang diberikan. Anda juga perlu mencari nilai sudut dongakan atau tunduk dalam masalah yang diberikan.

3. Anda perlu mahir topik Trigonometri.!!

Download nota PDF dibawah:

Nota Matematik Tingkatan 4 - Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk PDF 

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Matriks

Matrices

Tips SPM:

1. Topik ini dipelajari semasa di Tingkatan 5

2. Kertas I - 2-3 soalan akan diuji berkenaan Operasi ke atas matriks - Penambahan/Penolakan/Pendaraban

3. Kertas II - 1 soalan Bahagian A. Untuk soalan ini, anda perlu menyelesaikan masalah berkenaan Matriks Identiti dan Matriks Songsang (Inverse matrices) serta bagaimana menyelesaikan persamaan linear serentak menggunakan kaedah matriks.

Download Nota Matematik SPM untuk topik matriks dibawah:

Mathematics SPM - Matrices/Matriks

Nota Matematik SPM (Handwriting) - Penjelmaan/Transformation

Penjelmaan / Transformations

Tips SPM:

1. Kertas I - 2 soalan berkenaan penjelmaan tunggal yang dipelajari semasa PMR (Penjelmaan I dan II)

2. Kertas II - 1 soalan Bahagian B - Soalan yang akan ditanya ialah tentang penjelmaan tunggal + gabungan 2 penjelmaan + Pembesaran dengan luas imej atau objek.

Download nota Matematik SPM Transformation menggunakan link mediafire dibawah:

Part 1 - Translation + Reflection + Rotation + Enlargement (Basic)



Part 2 - Gabungan 2 Penjelmaan (Form 5) - in progress

Thursday 19 April 2012

(VIDEO) Nota Matematik SPM (Basic Skill) - Teorem Pithagoras

Theorem Pythagoras:



Cikgu mat salleh ni ajar asas dengan cara yang mudah difahami. Selamat mengulangkaji :)

Anda sudah mempelajari topik ini semasa di Tingkatan 2. Ia juga di aplikasikan kedalam tajuk matematik SPM yang berikut:

1. Trigonometri (PMR dan Form 4)
2. Sudut dongakan dan Sudut tunduk (Form 4)
3. Garis dan Satah Dalam 3 Dimensi (Form 4)

Sunday 8 April 2012

VIDEO: Math is easy! Berseronok dengan Bulatan Unit (Unit Circle) dalam Trigonometri

Video dibawah menunjukkan kepada kita bagaimana untuk mengetahui dengan lebih detail tentang bulatan unit dan bagaimana memperolehi nilai sin, kos dan tan untuk beberapa sudut yang mudah. Terbaik!