Untuk melakukan operasi tambah atau tolak pada sebarang nombor negatif, boleh lah ikut step by step seperti dibawah:
Formula
Jika dua nombor yang ingin ditambah/tolak tersebut ialah:
positif (+) dan positif (+) = lakukan operasi tambah (+)
posifit (+) dan negatif (-) = lakukan operasi tolak (-)
negatif (-) dan positif (+) = lakukan operasi tolak (-)
negatif (-) dan negatif (-) = lakukan operasi tambah (+)
Lihat contoh:
Contoh 1: 2 - 8
1. Dua nombor yg terlibat ialah +2 dan -8
2. Disebabkan ia positif dan negatif, maka perlu lakukan operasi tolak: 8-2 = 6
3. Nombor 8 adalah lebih besar dari nombor 2, jadi ambil tanda pada nombor 8 sebagai jawapan akhir (negatif)
4. Jawapan: -6
Contoh 2: -6 -3
1. Dua nombor yg terlibat ialah -6 dan -3
2. Dua nombor yg terlibat ialah negatif dan negatif, jadi lakukan operasi tambah: 6+3 = 9
3. Nombor 6 lebih besar dari nombor 3, jadi ambil tanda pada nombor 6 sebagai jawapan (negatif)
4. Jawapan = -9
Contoh 3: -2 + 9
1. Dua nombor yg terlibat ialah -2 dan +9
2. Dua nombor yg terlibat ialah negatif dan positif, jadi lakukan operasi tolak: 9-2 =7
3. Nombor 9 lebih besar dari nombor 2, jadi ambil tanda pada nombor 9 sebagai jawapan (positif)
4. Jawapan = +7 = 7
Contoh 4: -3 + (-3)
1. Buka kurungan terlebih dahulu = -3 -3 (menggunakan formula diatas)
2. Jadi, dua nombor yg terlibat ialah -3 dan -3
3. Dua nombor yg terlibat ialah negatif dan negatif, jadi lakukan operasi tambah: 3+3 = 6
4. Hanya nombor 3 yang ada yang paling besar, jadi ambil tanda pada mana-mana nombor 3 sebagai jawapan (negatif)
5. Jawapan = -6
Contoh 5: -7 - (-7)
1. Buka kurungan terlebih dahulu = -7 + 7 (menggunakan formula diatas)
2. Jadi, dua nombor yg terlibat ialah -7 dan +7
3. Dua nombor yg terlibat ialah negatif dan positif, jadi lakukan operasi tolak: 7-7 = 0
3. Boleh abaikan tanda jika hasilnya ialah 0 (kerana tiada istilah -0 dalam matematik)
4. Jawapan = 0
Contoh 6: -2 + (-3 + 7)
1. Selesaikan operasi didalam kurungan terlebih dahulu ATAU buka semua kurungan yang ada.
2. Dengan menggunakan cara dan formula seperti dalam contoh sebelum ini, anda akan dapat -2 + 4 ATAU -2 - 3 + 7.
2. Untuk -2 + 4 (yg diperolehi dengan menyelesaikan operasi dalam kurungan terlebih dahulu), gunakan cara seperti sebelumnya untuk selesaikan = 2
3. Untuk -2-3+7 (yg diperolehi dengan membuka semua kurungan terlebih dahulu), selesaikan satu persatu mengikut turutan dari kiri ke kanan. Anda akan dapat -5+7 dan seterusnya jawapan akhir = 2
Nota peringatan:
Untuk membuka kurungan, pastikan juga tanda positif dan negatif perlu diberikan perhatian. Contohnya;
1) -2 + (-3+7) = -2 +(-3) +(+7) = -2-3+7
2) -2 + (-3-7) = -2 +(-3) + (-7) = -2-3-7
3) -2 - (-3+7) = -2 -(-3) -(+7) = -2+3-7
Cuba yang ini pula:
1. -13 - (+10) + (12-20)
2. 3-8-7+12
3. -10 - 10 + (-2-8)
Kesimpulan:
1. Ingat formula ringkas diatas utk operasi tambah dan tolak (serta darab dan bahagi juga)
2. Bila tanda sama akan jadi (+) dan bila tanda berlainan akan jadi (-)
3. Untuk mengetahui samada jawapan akhir positif atau negatif, anda perlu lihat tanda pada nombor yang paling besar (atau sama besar)
Salam maju jaya